Ucapan

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI,DATANG LAGI.

Sunday 2 December 2012

OH....


 

Mengapakah bahan yang tidak diperlukan dalam badan mesti dibuang?
  • Bahan kumuh adalah beracun dan mesti dibuang untuk menjaga kesihatan.
  • Bahan buangan seperti tinja mesti dibuang untuk mengosongkan ruang dalam badan.
  • Bahan perkumuhan seperti urea dan karbon dioksida adalah bertoksik dan boleh meracuni badan kita jika tidak dikeluarkan. 

MARI BERFIKIR?

Kawan-kawan ...Air peluh merasa masin kerana mengandungi garam. Betul ke?          





INFO SAINS

 


 Bahan buangan yang dikeluarkan daripada tisu disebut bahan kumuh. proses membuangkan bahan kumuh daripada bahan disebut perkumuhan.

Bukan semua makanan yang dimakan oleh manusia dicerna dan diserap oleh badan. Bahan sisa yang tidak boleh dicerna itu bergerak melalui saluran makanan dan menjadi tinja dan akhirnya disingkirkan keluar dari badan melalui dubur.

Thursday 15 November 2012

Manusia Berkumuh?

Perkumuhan ialah proses di mana bahan buangan dikeluarkan daripada badan


Badan Kita menyingkirkan bahan buangan melalui organ perkumuhan khas

Monday 12 November 2012

Apakah itu Kadar pernafasan ?


  • Semasa bersenam , seseorang bernafas kira-kira 30 kali dalam satu minit

  • Kadar Pernafasan adalah bilangan pergerakan dada dalam satu tempoh masa.
  • Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.
  • Apabila kita berehat , kadar pernafasan kita adalah lebih rendah.
  • Apabila kita bersenam, kadar pernafasan kita adalah lebih tinggi. 








    • Biasanya apabila seseorang itu berehat, dia bernafas kira-kira 20 kali dalam satu minit

Wednesday 31 October 2012

ADAKAH UDARA YANG DISEDUT DAN DIHEMBUS BERBEZA




  •          Udara yang disedut mempunyai lebih oksigen daripada udara yang dihembus.
  •          Udara yang dihembus mempunyai lebih Karbon Dioksida daripada udara yang disedut.
Jadual menunjukkan perbezaan kandungan udara yang disedut dan udara yang dihembus:

KANDUNGAN

UDARA YANG DISEDUT
UDARA YANG DIHEMBUS
NITROGEN
78%
78%
OKSIGEN
21%
16%
KARBON DIOKSIDA
0.03%
4%
GAS NADIR
1%
1%
WAP AIR
Berubah-ubah
Tepu

Sistem Pernafasan Manusia

Manusia Bernafas

  • Manusia bernafas untuk mendapatkan oksigen yang diperlukan oleh badan.
  • Dengan meletakkan tangan kita diatas dada, kita boleh merasa pergerakan dada semasa bernafas.
  • Dada kita naik dan turun apabila kita menyedut dan menghembus udara.
  • Proses pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas.

 

 Apabila kita menarik nafas.
  • Udara masuk melalui hidung ke dalam peparu.
  • Dada naik keluar dan ke atas dan mengembang
 Apabila kita menghembus nafas.
  • Udara dikeluarkan dari peparu melalui hidung
  • Dada masuk ke dalam dan mengecut.