Ucapan

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI,DATANG LAGI.

Wednesday, 31 October 2012

ADAKAH UDARA YANG DISEDUT DAN DIHEMBUS BERBEZA




  •          Udara yang disedut mempunyai lebih oksigen daripada udara yang dihembus.
  •          Udara yang dihembus mempunyai lebih Karbon Dioksida daripada udara yang disedut.
Jadual menunjukkan perbezaan kandungan udara yang disedut dan udara yang dihembus:

KANDUNGAN

UDARA YANG DISEDUT
UDARA YANG DIHEMBUS
NITROGEN
78%
78%
OKSIGEN
21%
16%
KARBON DIOKSIDA
0.03%
4%
GAS NADIR
1%
1%
WAP AIR
Berubah-ubah
Tepu

Sistem Pernafasan Manusia

Manusia Bernafas

  • Manusia bernafas untuk mendapatkan oksigen yang diperlukan oleh badan.
  • Dengan meletakkan tangan kita diatas dada, kita boleh merasa pergerakan dada semasa bernafas.
  • Dada kita naik dan turun apabila kita menyedut dan menghembus udara.
  • Proses pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas.

 

 Apabila kita menarik nafas.
  • Udara masuk melalui hidung ke dalam peparu.
  • Dada naik keluar dan ke atas dan mengembang
 Apabila kita menghembus nafas.
  • Udara dikeluarkan dari peparu melalui hidung
  • Dada masuk ke dalam dan mengecut.

Sunday, 28 October 2012

Galeri Maklumat

Manusia boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup beberapa hari sahaja tanpa air..........tolong...tolongg.... tapi aku masih boleh bernafas.....